PPMNK

PPMNK

Sunday, August 23, 2015

Persetiaan dan Undang - Undang Pengakap

Persetiaan Pengakap






Undang - Undang Pengakap


1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.

2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, Raja-raja, pemimpin-pemimpin, ibu bapanya, majikannya dan orang-orang dibawahnya.

3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong pada setiap masa.

4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada lain-lain Pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.

7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, Ketua Patrolnya atau Pemimpin-pemimpin Pengakapnya dengan tanpa apa-apa soalan.

8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa bersabar dan manis mukanya dalam masa kesusahan.

9. Pengakap adalah seorang yang jimat dan cermat.

10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.





Logo Pengakap






MAKSUD DAN KETERANGAN LOGO PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA



Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu:

Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap.

Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.

Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan “Persaudaraan Pengakap”

Bintang pecah 14 melambangkan “Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia”

Bulan Sabit menandakan “Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam”.

Lingkaran Tali melambangkan “Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia”.

Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit Pengakap:
Kuning – “Pengakap Kanak-Kanak”,
Hijau – “Pengakap Muda”,
Merah – “Pengakap Remaja”

Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.